Wednesday, September 16, 2009

Bertarawih dan moreh bersama DSAI dan TKM PP di Masjid Bandar Perda dan Surau Ibnu Sina



Diambil dari aktiviti DSAI di P.Pinang pada 13 Sept.

http://anwaribrahimblog.com/2009/09/13/program-datoseri-anwar-ibrahim-dipulau-pinang/

Alhamdulillah, saya baru selesai acara di Seberang Jaya dan Jelutong jam 12.30 pagi tadi, tanpa henti sejak 3.30 petang.

Di Yayasan Aman, saya ngobrol bersama Ustaz Salleh Man, Adun Permatang Pasir dan saudara Dr. Mansor, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai rancangan bersama termasuk pelaksanaan projek kecil kawasan.

Sejurus kemudian rakan-rakan pimpinan cabang Permatang Pauh termasuk Timbalan Ketua, Paktam Che Mat, Ketua AMK saudara Amir, Ketua Wanita Kak Jah, Che Wa dan lain-lain hadhir utk membincangkan program menjana kekuatan parti.

Sekitar jam 5.15 petang, kami berdialog dengan penduduk Cina Seberang Jaya seterusnya ka perkarangan Masjid Seberang Jaya sejam kemudiannya untuk menyertai majlis bantuan fakir miskin olih Timbalan Ketua Menteri dan disusuli tazkirah Ramadhan dari saya.

Selesai berjemaah Maghrib, saya meluangkan masa ka kedai kopi di Sama Gagah bersama penduduk Cina sebelum ke masjid di Perda untuk berjemaah Isya’, tarawikh dan menyampaikan tazkirah.

Saya kemudiannya ke Surau Ibnu Sina di Taman Perda, menyampaikan tazkirah ringkas sebelum menikmati jamuan more seterusnya ke Jelutong pada jam 11.25 malam untuk program ceramah.

Saya mengolah bicara perihal penghayatan Ramadhan, mengupas konsep jil qurani farid yakni generasi Al-Quran yang unik serta turut menyentuh pesanan filsuf Ronggowarsito menerusi puisi klasiknya – Zaman Edan.

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, September 8, 2009

Sebatan Cara Islam Vs Sebatan Cara Civil

Sebatan Cara Civil
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan
tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

Sebatan Cara Islam
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter, tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.


SEKARANG YANG MANA ADIL......?