Sunday, August 23, 2009

Salam Ramadhan 1430



Alhamdulillah, kehadiran bulan Ramadhan 1430 yang aku dan keluarga sambut dengan rasa gembira dengan suasana kejiranan yang baru di Bandar Perda. Syukur aku dapat menempatkkan diri bersama qariah qariah Surau Ibnu Sina yang sangat aktif dan berjaya memeriahkan malam malam Ramadhan dengan solat Tarawih dan moreh.
Aku juga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan taulan. Semoga kita dapat merebut semua nikmat Allah dan menjadi antara orang orang yang diberi ganjaran hebat sepanjang berpuasa ini. Amin.
Allahuakbar.


Tuesday, August 18, 2009

Northernites Shuttlers season finale games

Sekali dengar nama Northernites Shuttlers semua pasti gerun. Macam profesional. Tapi yang pasti group ni dianggotai oleh sekumpulan pekerja kilang di Penang yang saja suka suka nak mengeluarkan peluh dimalam Sabtu. Rata rata level amatur dan main gelak gelak aja. Sekarang kami break untuk Ramadhan dan sambung lepas Raya. Gambar gambar captured masa merebut Piala Domino 1Malaysia. Siapa punya idea la. Yang penting makan :)











Saturday, August 15, 2009

Program Permata Pintar

I would like to congratulate my son who qualified for 2 phase of test Permata Pintar 2. He and his friend (2 of them) will represent Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda. The exam will be held at SMK Machang Bubuk on 17th August 2009. Good luck to Muhammad Izzat Farhan.

http://www.permatapintar.com.my/default.aspx


Pelajar Bijak Dicari Untuk Program Permata Pintar Negara

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melancarkan Program Permata Pintar Negara bagi mencari bijak dan cerdas dari seluruh negara untuk dipupuk agar menjadi golongan intelek pada masa hadapan.

Rosmah, yang juga penaung program itu, berkata walaupun terdapat lebih 140,000 orang pelajar dalam kategori pintar dan cerdas di seluruh negara, cuma 20,000 yang tampil menjalani ujian saringan sejak program itu digerakkan pada 2 Mac lepas.

"Mereka melalui tiga ujian saringan yang dilaksanakan setara dengan ujian IQ yang diguna pakai di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan serta menyerahkan brosur pelaksanaan program itu kepada Pengarah Pelajaran Negeri di Subang Jaya dekat sini.

Rosmah berkata semua Pengarah Pelajaran Negeri diminta mengenal pasti pelajar pintar dan cerdas berumur antara sembilan dan 15 tahun untuk menjalani ujian saringan itu.

Seramai 300 pelajar yang berjaya mencapai keputusan tertinggi dalam ujian saringan itu dipilih mengikuti Program Perkhemahan dua minggu pada Disember ini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk dilatih oleh fasilitator dalam tiga bidang iaitu Matematik, Sains dan Penulisan Kreatif.

Friday, August 7, 2009

9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki- amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut....walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahualam"

TIPS PEPERIKSAAN & MENGUATKAN INGATAN

TIPS MENGUATKAN INGATAN
Amalkan makan kismis, kurma & kekacang
Amalkan minum susu & madu
Makan bila lapar, berhenti seb. kenyang
Mulakan makan buah & sayur
Elakkan makan sambil minum
Makan sebelum Maghrib
Amalkan SEMUA sunnah
Ulangkaji pada hari yang sama (80% ingatan hilang selepas 24 jam)..


MENURUT IMAM GHAZALI
Elakkan makan kepala ikan & jeruk
Elakkan membaca tulisan di batu nesan
Elakkan minum air yang dicemari semut
Elakkan melihat kemaluan, benda lucah & najis
Elakkan melihat buih nasi
Elakkan berada di tengah haiwan
Elakkan kencing berdiri

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN
Muhasabah sebelum tidur
Berdoalah sebaik terjaga dari tidur
Baca “Allahu Akbar” 9x:
-Sebelum keluar rumah/bilik
-Sebelum masuk Dewan Peperiksaan
Banyakkan istighfar, doa & Surah Al-Insyirah
Jika terlupa, bacalah:
-Selawat 3x
-Ayat sujud sahwi

Selainnya? Serahkan segalanya pada Allah :)

*Dipetik dari modul Kemahiran Belajar Pelajar Rabbani Majlis Agama Islam Negeri Sembilan