Friday, May 29, 2009

Rezeki dan Solat Jumaat



Yakinlah dengan janji Allah, bahawa jika manusia mensyukuri nikmatNya dengan cara mengabdi dan menyembahNya pasti Allah akan menambah nikmat dengan berlimpah ruah. Sebaliknya jika manusia mengingkari nikmat tersebut maka azab Allah akan datang dengan tidak diguga-duga. Bahkan dalam Al Quran dijelaskan jika selesai mengerjakan solat Jumaat bertebaran di muka bumi untuk mencari rezeki. Ini membuktikan keluasan nikmat Allah bukakan kepada hamba-Nya yang sudi dan mahu mengabdi kepadaNya.
Firman Allah SWT maksudnya: "Apabila kamu telah selesai menunaikan solat (solat Jumaat) maka bertebaranlah kamu di permukaan bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu beroleh kejayaan". (Al Jumaah ayat 10)

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru


Hadiah hari untuk Guru SK Bandar Baru Perda dari Izzat 3A.
Terima kasih Cikgu atas ilmu yang disumbangkan..

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Kenapa suka cium anak?

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar

kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak

perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana

takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah

akan api neraka ke atas tubuhnya.  


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat

syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah

sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang

menyukai kanak-kanak.


Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali

ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat

daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama


Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut

menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa 

membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.


Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan . Aqrak berkata;

"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah

aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan

disayangi."


Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan

dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang

yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak

lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia

memerdekakan anak Nabi Ismail .


Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti?

"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."

Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."

Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak

terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wednesday, April 29, 2009

Tidur siang boleh jejas mental kanak-kanak


LONDON: Ibu bapa yang memujuk anak mereka supaya tidur pada waktu petang mungkin tidak sedar bahawa ia sebenarnya memberi kesan negatif kepada golongan muda itu.

Satu kajian terbaru mendakwa, amalan tidur siang boleh merencatkan pertumbuhan mental golongan muda, termasuk kanak-kanak selain menggalakkan masalah tidur di kalangan mereka.

Beberapa penyelidik antarabangsa di Amerika Syarikat dan Jepun mendakwa kanak-kanak khususnya yang tidur siang, terbukti sukar tidur malam dan gagal mempamerkan kecemerlangan dalam permainan khas bagi mengukur daya perancangan dan kemahiran mereka.

Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, penyelidikan diketuai Dr John Harsh dan rakannya daripada Universiti Southern Mississipp, menjalankan kajian dengan menemubual ibu bapa 738 kanak-kanak berusia dua tahun ke atas.

Ini termasuk bertanyakan tabiat tidur mereka dan kanak-kanak yang lama tidur siang, didapati tidur malam pada purata 39 minit lebih lewat daripada rakan sebaya yang tidak tidur siang.

“Kanak-kanak yang tidur siang bukan saja payah tidur malam, tetapi sukar bangun pada keesokan harinya.

Mereka juga sering ‘buat perangai’ pada sebelah pagi, enggan ke sekolah dan masalah itu berlanjutan sehingga beberapa lama,” kata penulis kajian Dr Alyssa Cairns yang membentangkan hasil penyelidikan itu pada mesyuarat Persatuan Bersekutu Kajian Tidur di Minneapolis.

Kajian itu disokong penyelidikan oleh Dr Kazuhiko Fukuda, Universiti Fukushima yang dipetik edisi terbaru New Scientist.

Beliau membandingkan kanak-kanak yang menghadiri taska yang mewajibkan tidur siang 90 minit dengan kanak-kanak lain seusia yang tidak ke taska.

Selain tidur lewat 30 minit berbanding rakan sebaya, kanak-kanak yang diletakkan di taska dari pagi sampai petang itu terbukti mempamerkan pelbagai masalah seperti membuat perangai pada setiap pagi dan enggan ke sekolah.

“Tabiat buruk itu berlanjutan sehinggalah mereka memasuki sekolah rendah dan tidak tidur siang, mungkin disebabkan pengaruh tidur siang ke atas keupayaan dan corak bangun tidur mereka,” kata Dr Fukuda.

Seorang lagi penyelidik Amerika, Dr Joe McNamara daripada Universiti Florida, menjalankan kajian ke atas 27 kanak-kanak tadika yang diukur tahap kemahiran mereka menggunakan sejenis permainan ‘puzzle.’

“Kanak-kanak yang banyak tidur siang hanya dapat menyelesaikan sedikit permainan itu. Semakin lewat mereka tidur malam, semakin kurang daya kecekapan mental mereka. Tidur siang tidak boleh dijadikan pengganti kepada tidur malam,” katanya.

Kajian itu turut menegaskan yang tidur siang juga bukanlah pengganti kepada tempoh jam tidur malam yang hilang.

Bagaimanapun, berbeza dengan penduduk di Mediterranean, tidur petang didapati mengurangkan risiko kematian menurut tinjauan bersama penyelidik Greece-Amerika yang dipetik pertubuhan German Green Cross (DGK).

Kajian Sekolah Perubatan Universiti Athens dan Kajian Kesihatan Awam Harvard di Amerika, memeriksa lebih 20,000 warga Greece berusia 20 hingga 86 tahun dalam satu penyelidikan kanser. Antara soalan yang ditanya termasuk sama ada atau kekerapan mereka tidur petang. – Agensi

Waterfalls of Malaysia


Please welcome to this website which is dedicated to the beautiful waterfalls of Malaysia. Descriptions of the falls, visited by their team, can be found by using the menu at the top, where they have been arranged by state and by accessibility.

Saturday, April 18, 2009

It's not over yet


Another bad news that will add to the misery of people at Free Industrial Zone :( (sigh..)