Monday, February 23, 2009

Langit tak selalu cerah

Mungkin belum lagi rezeki tahun 2009 ini tak bermula dengan baik. Beberapa peristiwa yang mengundang duka sudah terjadi seperti kemalangan semasa pulang dari Cameron Highland pada 26 Jan 2009. Peristiwa yang tentu nya terpahat sebagai kenangan pahit yang mengakibatkan kecederaan ringan dan parah kepada ahli keluarga ku. Paling dasyat kepada emak yang luka parah dibahagian kepala hingga menyebabkan 26 jahitan. Rentetan dari itu pergerakan emak sekarang jadi lemah dan penglihatan yang kabur. 
Berita tentang 2 plant di Intel yang akan di tutup disamping ekonomi dalaman syarikat yang merundum membuatkan kami ternanti nanti pengumuman "redeployment" yang akan diumumkan pada 2 Mac ini. Dimana aku nanti?

No comments:

Post a Comment